Sunday, May 6, 2007

Selamat Hari Ibu


Ibu yang kusayang
Terima kasih segala yang kau berikan
Terima kasih atas kasih sayangmu
Didikanmu penuh pengertian
Tanpamu aku tiada di muka bumi ini

Ketahuilah ibu
Aku sangat menyayangimu
Setiap nafasku, setiap langkahku
Berpandukan nasihatmu
walaupun aku pernah jatuh
namun ibulah sumber kekuatanku

Tika ini ibulah sumber inspirasiku
Ibu betapa ku kagumimu
mengenderai keluarga setelah ayah tak berdaya
Namun ku tahu, dalam hatimu penuh derita
perit getirmu tak pernah ibu luahkan
namun matamu tak pernah bohong

Ibu maafkan anakmu yang satu ini
Andai pernah menyakitimu
Andai pernah melalaikanmu
Andai kenalakalanku melukakanmu
Hanya doa dan permohonan kepada
Yang Maha Esa menaungi dan menjagamu

Sekalung ucapan dari anakmu ini

TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN AKU

Apa pun ia..

Aku Yang Sibuk

hari ni sepatutnya aku g service..tapi oleh kerana kerja 'urgent' yang perlu di hantar hari ni aku terpaksa mengorbankan masa hujung minggu dengan menghadap komputer. Next week ada function yang dianjurkan oleh kelompok wanita tempat aku kerja ni untuk menyambut Hari Ibu peringkat daerah. AJK dalam komuniti semuanya bergelar puan kecuali aku. selali je pengerusi tersasul panggil aku puan..huhu..tak rela i.

minggu ni jadual aku sangat ketat. Kerja pejabat dan kerja sosial lain lagi, lepastu persiapan menyambut Pesta Menuai (Kaamatan) peringkat daerah dalam minggu ni..ke hulu ke hilir, lepas satu nak diurus satu lagi..fuh! macam nak buat klon diri sendiri plak..hehe..

Wednesday, May 2, 2007

Pertama kali

Hari ini buat julung kalinya kau create blog ku sendiri dengan nama baru. Tapi berlainan web la. Entah yang keberapa dah blog ni aku pun tak ingat. Aku sengaja create yang satu ini sempena hidup baru dan tahun 2007 ini. Best gak ada blog seniri ni. Boleh luahkan macam2 idea, perasaan dan sebagainya..hehe

Hari ini aku terasa kosong bagai air kosong dalam gelas. Tawar, sepi, dingin ku rasa perasaan ini. Semalam buat pertama kalinya dalam tahun ini aku mengalirkan air mata sedih bila 'dia' meluahkan segala isihatinya padaku. Aku tau aku hanya insan yang lemah. Aku pasrah dengan kehendaknya jika ingin lepaskan aku. Seksa benar rasanya bila berada dalam kekalutan. Terpaksa membagi perasaan yang sememangnya berat. Ingin aku mengundur diri tapi hati dan perasaan ini sudah begitu dalam menyayanginya. Mungkin kerana jarak membataskan hubungan ini. OmG rindu benar aku ingin berada di sisinya, memujuknya, mententeramkan jiwanya dan memeluknya agar dapt melenyapkan segala kekalutan yang bernaung di fikirannya. Hanya doa kupanjatkan untuk kesejahteraannya.

Aku rasa bersalah padanya..Maafkan aku sayangku...

............................

Hari ini aku nak prepare teks ucapan untuk adik aku..hehe.. Hari Jumaat ni 3 keluarga besar berkumpul bersama-sama untuk menyambut harijadi pada bulan Mei. Kira-kira 8 orang yang menyambut serentak termasuk my dad n my sister. Aku dah ready awal2 lagi sebagai mc masa tu..huhu..kali terakhir aku jadi mc kira-kira 2 tahun lepas. Takut gugup plak nanti..ahaha

Apapun yang penting aku dapat menikmati hidupku dengan sabar dan cekal.