Tuesday, June 12, 2007

Father's Day

All 'bout my dad...

his my idol
sumber inspirasiku juga kekuatanku menempuh liku2 hidup. Juga sangat memahami aku. Keperwiraannya buatku kagum dan menjadi peganganku saat aku mengalami kekecewaan dan kegagalan. Dalam diamnya bukan bererti tak mengambil berat tapi aku tau dia seorang ayah yang penuh tanggungjawab, penyayang, sabar dan berkepimpinan.

aku anak kesayangannya, namun tak pernah berat sebelah membagi perhatian kepada semua adik2 ku. Darinya ku tau erti pengorbanan untuk sebuah keluarga, erti melepaskan keinginan sendiri demi kebahagiaan dan keperluan keluarga.

walaupun kini, ayah tak berdaya..namun, segala jerih payahmu selama ini tak kan sia-sia. Ku sedar segala tanggungjawab keluarga kini terletak di bahuku selain ibu. namun, aku tak sebegitu kuat untuk menggalas tanggungjawab itu tanpa bantuanmu, nasihatmu dan pendapatmu selain ibu.

maafkan segala kesalahanku selama ini pernah menyakiti hatimu. ketahuilah bahawa anakmu ini selalu mendoakan kesihatanmu agar cepat sembuh.

I miss u so much daddy.

Happy Father's Day

No comments: