Mmmhh…lama benar rasanya tak menjenguk blog kesayanganku ini. Entah tak tau nak tulis apa. Sesekali aku rindu untuk mencatat sesuatu tapi bila sudah membuka blog ini, aku jadi blur tak tau apa yg harus ku coretkan..Hari ini aku rasa terpanggil untuk mencatat sesuatu.
Terfikir aku pada insan yang pernah mengisi hati ini. Sesekali perasaan rindu menjelma tanpa diundang. Sejak akhir2 ini kami kerap berhubung sms. Walaupun aku jarang membalas smsnya kerana kredit tak berapa mengizinkan, dia sering mengirim sms mahupun mms. Minggu lalu aku cuba memberanikan diri menelefonnya. Tak sangka dia masih mesra seperti dulu dan masih memanggil aku dgn panggilan mesra kami dulu. Aku terkedu seketika, tapi mungkin itu gurauan ataupun usikannya saja. Almaklumlah dia tu peramah dan manja orangnya. Bila dah sembang2 sekejap dengannya, aku sedar perasaan lama itu sudah hilang. Yep, hilang ditelan waktu. Aku lebih suka dan selesa hubungan kami sebagai kawan.
Hari ini aku rasa sunyi sekali..kosong…tak tau kenapa. Tapi yang pasti aku masih bernafas lagi..hehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment