
lepas balik dr kerja aku trus mandi (kena hujan). sejooknya.huhu.. dah segar skit aku baring2 sambil baca 'readers digest' terbaru.pastu gelap ku rasa..tiba-tiba bunyi siren aku dengar. cits bunyi alarm hp aku rupanya..yess, kul 7pm rupany,my fav drama dah start kat ch18.. Best oh citer ni,mengisahkan sorg awek yg menyamar jadi boy semata-mata nak bersama ngn sorg boy yg diminatinya..kalu tak silap aku pelakon ni dr group S.H.E..aku memang minta giler kat dia ni..cute tomboy getoo..hehehe..
lawak btul bila tomboy ni btul2 disangka lelaki oleh pelajar lelaki kolej tu. Pastu diminati oleh lelaki gay getoo..memang cute pun..
sedang asyik menonton sambil gelak ketawa ngn housemate aku, tiba2 je hp bunyi..ishh..kaco btul la..rupa2nya member ofis nak ajak g karaoke. so kitorang pun ok ja,lama benar tak melalak.sambil2 melepas tension.mmm..sejak dari hari khamis lagi aku rasa sgt down. sedih sgt sehingga tak tau nk luahkan. Kalu bukan dgn tugas2 ofis dan luar yg maha hebat sejak dua menjak ni. dah lama aku tunggang langgang.aku rasa buat masa ini bukan masa yg sesuai utk aku komitmen ngn someone,trutama yg jauh di mata (jauh di mata jauh di hati, i guess).
berbalik pada karaoke...mmm..best gak menyumbangkan suara yg sedia sumbang ni..ehek..
Kira-kira kul 9pm aku,hsmate dan kawannya, dan seorg ofis mate aku sampai kat karaoke lounge motel.Kira-kira 5 minit dari rumah. Walaupun dekat aku jarang g sana. rimas dan tak bebas nak melalak sbb org kenal..malu la tu..hahaha.. sampai ja, kami trus order minuman. teh tarik panas..hahaha..oleh sebab hsmate aku ni dah biasa sgt ngan pelayan kat situ, pelayan tu layan je pesanan kami.mesti terheran-heran yg lain napa lak order minuman panas kat situ..dah sejuk tmpt tu,kenalah minum air panas.rite?hehe
oleh kerana tak ramai sgt pengunjung mlm tu,so bleh lah aku tunjuk skil menyanyi yg ntah apa2 ntah. my 1st song is 'seribu impian'..aduh! tak terangkat aku not lagu ni, terpaksalah aku yg sememangnya bersuara garau sejak dua menjak ni(sakit tekak.baru baik dari serangan batuk2 ;D) merendahkan not ala2 rock getoo..habis nyanyi semua tepuk tangan. tepuk memuji ke? tepuk menghina tu?mmm..triam je lah..trimaa kaseeyy
dah syok2 layan lagu,kami didatangi oleh bbrp mamat. mula2 tu tak kenal drg ni siapa kan? tapi oleh kerana tmpt ni dalam kawasan perumahan syarikat tmpt aku kerja, jrg org luar masuk.ni mesti org luar ni. dorang duduk sebelahan meja kami.aku malas ambik tau hal org.kawan aku sorg ni,yg amatlah peramahnya memulakan perkenalannya ngn mamat2 tu.oooo..abg2 polis..mmm..tengok macam bukan polis daerah ni.tanya punya tanya (siapa tanya siapa ni?) rupa2nya abg2 polis dari unit bom dari luar daerah.Eh!Napa plak ada kat sini?ada org nak bom kilang ke? issk.. takkanlah ada pengganas kat sini?Sini punyalah aman damai..mm..oooo..rupa2nya dorg sedang memusnahkan bom2 yg dah xpired getoo..baru kutau..
jam hampir menunjukkan jam 11pm.salah sorg abg2 polis tempatan (sabahan i guess sbb bercakap dialek sabah) menawarkan kami minuman wine..weii!kena blanja minum wine you..mula2 tu segan dan takut pun ada. mana lah tau ditaruh apa2 benda dalam minuman tu. setelah berpikir tolak bahagi campur akhirnya kami trima.oooo..red wine rupanya..rasanya masam2 manis pahit..kami minum skit ja, takut mabuk..hati2 la weii.walaupun abg2 polis.
kira2 jam 12.15am kami beredar. sakit tekak lah pulak.bestnya melalak.puas dan lega rasanya. sampai kat rumah sambung tgk tv sampai kul 1.00am..Eii!lambatlah pulak mata ni nak lelap. Esok nak g kerja la.aku capai readers digest n baca sehingga lah...gelap (tido dah)
..............................
mmmm..hari ini aku lewat bangun skit.mujur alarm hp bunyi kuat. macam malas plak nak g kerja. oleh kerana bos takde, aku buka blog ini n....
oh ya hari ni adalah hari pertunangan adik aku dgn jejaka pilihannya.semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Lepas kerja ni aku trus balik kg. Kehadiran aku dimestikan sebagai anak sulung dlm keluarga. Eeii!malunya aku..bukannya malu sbb adik melangkah bendul, aku malu dgn pertanyaan2 pasal kawen mawen ni. aku bukannya muda lagi dah 30tahun (aiyoo kenyataan brani ni). Takkan nak bgtau kat family aku ni spesis...uuuh